TRAQuE menawarkan khidmat pengauditan professional. Kami telah berjaya menyelesaikan beratus-ratus audit di seluruh dunia, dari Amerika Selatan ke Afrika, dan dari Utara Eropah ke Selatan Australia. Kerja-kerja audit telah dilaksanakan, samada untuk atau mewakili, beberapa buah syarikat multinasional serta organisasi kesihatan antarabangsa; dijalankan dalam Bahasa Inggeris atau bahasa ibunda tersendiri mengikut situasi keadaan auditee.

 

Walaupun anda berfikiran organisasi anda berjalan dengan sempurna, namun kami boleh membantu anda menerokai ruang untuk diperbaiki. Kebiasaannya mereka yang berhampiran dengan masalah, seringkali terlepas pandang. Penglibatan TRAQuE dalam menjalani pematuhan audit, secara langsung atau pun tidak, membolehkan kami mengenal pasti masalah tersebut dan menyelesaikannya dengan cekap. Oleh itu, kami mampu membantu anda melaksanakannya.

Kami telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat multinasional mahupun organisasi antarabangsa dengan menyediakan khidmat pengauditan dalaman, pembekal serta pengedar operasi mereka. Samada anda mencari-cari pengauditan di tahap prestasi dalaman untuk penambahbaikan yang berterusan, atau persiapan lawatan dari agensi regulatori luar, justeru kami boleh membimbing anda ke arah yang betul (“on the right TRAQuE”).

Kami boleh membantu anda dengan aktiviti-aktiviti pengauditan seperti:

  • Pra-pemeriksaan GMP Kesediaan / Mock Audit
  • Audit Pembekal
  • Jurang Analisis 
  • Audit Ketekunan Wajar
  • Audit ISO 9001
  • IT dan Sistem Komputer
  • Audit Dalaman
  • Audit Amalan Pengedaran Baik
  • Audit 6 Sistem

Perkhidmatan kami bukan sahaja terhenti dengan mengaudit anda. Kami juga boleh membantu anda menghadapi audit dari agensi luar, dengan melatih pasukan pemeriksaan anda, menyediakan bilik pengauditan, sokongan dan bimbingan dari balik tabir, dan cara bertindak balas ke atas hasil penemuan audit serta surat-surat amaran. Kami mempunyai bukti rekod prestasi dalam membantu syarikat memberi maklum-balas kepada komen-komen agensi yang terlibat serta melaksanakan CAPA yang berkesan dan terpatuh untuk menangani kesulitan mereka.    


Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut, sila "Get on TRAQuE" dan hubungi kami .