Login
Khidmat Kejuruteraan
English Afrikaans Albanian Arabic Armenian Azerbaijani Basque Belarusian Bulgarian Catalan Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Croatian Czech Danish Dutch Estonian Filipino Finnish French Galician Georgian German Greek Haitian Creole Hebrew Hindi Hungarian Icelandic Indonesian Irish Italian Japanese Korean Latvian Lithuanian Macedonian Malay Maltese Norwegian Persian Polish Portuguese Romanian Russian Serbian Slovak Slovenian Spanish Swahili Swedish Thai Turkish Ukrainian Urdu Vietnamese Welsh Yiddish
Terjemahkan

traquelogo

TRAQuE memiliki kemampuan yang luas dalam kejuruteraan dan reka bentuk dan membolehkan kami menyediakan jurutera berpengalaman serta berbakat untuk memenuhi keperluan anda. Apabila anda memodifikasi fasiliti anda yang tersedia ada atau membina kilang baru, anda tahu betapa pentingnya untuk mendapatkan reka bentuk yang betul. TRAQuE boleh membantu anda dari segi pengaliran bahan dan individu yang betul, tekanan litar yang betul, mengandungi bahan yang kukuh, atau memastikan proses makmal anda dioptimumkan.

Kami mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam mengetuai dan melaksanakan projek kejuruteraan merentasi pelbagai skala. TRAQuE boleh membantu sama ada anda sedang mencari kepakaran dalam membangunkan konsep pengeluaran untuk proses baru, atau kepimpinan dalam menyampaikan projek tepat pada masanya dan mengikut jadual.

Pasukan kami melaksanakan projek sebagai penyelesaian segera atau memberikan input ke dalam portfolio projek yang lebih luas. Kami boleh menyokong anda dari konsep sehingga ke reka bentuk terperinci. Sekiranya anda sudah mempunyai pasukan reka bentuk sendiri di organisasi anda, tetapi memerlukan seseorang untuk memastikan mereka mendapat input yang betul, maka TRAQuE juga boleh membantu anda. Kami berpengalaman dalam merancang dan menjalankan kajian reka bentuk pada skala makmal, fasiliti BSL3, pengilangan Vaksin dan antibodi Monoklonal, API, Aseptik, dos jualan oral dan tumbuhan topikal.

Pasukan terlatih BizSafe Star kami boleh membimbing anda apabila ianya melibatkan pelaksanaan reka bentuk. Kami boleh menyediakan pengurus projek pembinaan yang berkelayakan untuk mengurus kontraktor anda, dan memastikan kerja berjalan dengan selamat dan lancar. Kami juga boleh membantu membuat perancangan dan penjadualan yang terperinci, kawalan kos serta pengurusan keselamatan. 

Sekiranya anda merupakan seorang kontraktor yang ingin mengambil projek farmasi, kami boleh membantu anda. Kami menyediakan kakitangan yang berpengalaman untuk melatih pasukan anda dalam GMP dan piawan yang diperlukan untuk melaksanakan kerja; kami boleh menyediakan jurutera yang berpengalaman untuk membantu mengembangkan dan melaksanakan pakej perolehan anda; dan kami boleh menyediakan khidmat kawalan dokumen yang berpengalaman dan merangka sumber untuk memastikan dokumentasi 'As-Built' anda memenuhi kriteria pengawasan pasukan pengesahan.

Pelanggan-pelanggan kami berada di Singapura, China, Thailand, Malaysia dan Indonesia, namun kami terbuka untuk meneroka pelbagai jenis projek di mana-mana wilayah. Kami boleh membantu sama ada anda adalah pengeluar domestik kecil atau multinasional utama.

Kami boleh menyokong anda dalam aktiviti-aktiviti berikut:
  • Pengurusan Projek
  • Projek Pengawalan Anggaran Kos
  • Rekabentuk Konsep
  • Rekabentuk Terancang & Terperinci
  • Pengulasan Rekabentuk
  • Pembesaran Kilang
  • Pemasangan Utiliti & Peraltan Baru
  • Pengurusan Keselamatan & Pengawasan
  • Pembinaan Loji & Permulaan


Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut, sila "Get on Traque" dan hubungi kami .

Alamat Ibu Pejabat

 

Lokasi Pejabat

Maklumat perhubungan kami di Singapura:

TRAQuE Pte. Ltd.
51 Bulan Sabit Bukit Batok,
# 08-25 Pusat Perpaduan
658077
Singapura
+65 6316 3885
+65 9735 1384
+65 6316 3885
www.traqueasia.com
traqueQRContact
traque-pte-ltd

Alamat surat-menyurat kami di Malaysia:

TRAQuE Sdn. Bhd.
Suite 13-10, Tingkat 13,
Menara Pejabat Dataran Bandaraya Johor Bahru,
106 - 108, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru.

Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut berkaitan produk atau khidmat kami, sila isi dan hantarkan borang di bawah. Kami berharap untuk bekerjasama dengan ada di masa akan datang.

Hubungi Kami
Sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai produk-produk atau perkhidmatan kami. Kami akan memberi maklum balas kepada anda secepat mungkin.
Nama Syarikat Anda
Sila Isikan Nama Anda
Sila Isikan E-Mel Anda
Baris Pertama Alamat Anda
Baris Kedua Alamat Anda
Poskod Alamat Anda
Nombor Telefon Anda (termasuk kod standard negara)
Tuliskan Mesej Anda!

Berita terkini

Penganugerahan Bintang BizSAFE

TRAQuE, dengan sukacitanya, telah dianugerahkan Bintang BizSAFE oleh Majlis WSH. 

 

 

Tahniah kepada ahli-ahli pasukan di atas usaha yang berterusan dalam aspek keselamatan.

TRAQuE Malaysia

Kami sentiasa meletakkan kepentingan yang tinggi untuk membina hubungan yang erat bersama-sama dengan para pelanggan. Keupayaan kami untuk menyediakan sumber-sumber tempatan, bertindak balas dengan efisien dan berada secara langsung di tapak projek, telah membuktikan kami mempunyai nilai dan kualiti yang unggul sepanjang tujuh tahun pengoperasian kami di Asia.   

Kerjasama dengan Protak Saintifik
Protak Scientific Logo

Sukacita kami akan bekerjasama dengan Protak Saintifik di Singapura. Ini merupakan suatu revolusi alternatif kepada penunjuk biologi yang digunakan apabila menilai keberkesanan VHP dengan jauh lebih cepat dari kaedah semasa dan mampu memberikan garis data kuantitatif, menghasilkan proses perbersihan yang optimum dan meningkatkan produktiviti.  

Kami menggunakan cookies!
Ok
Kami menggunakan cookies di laman web kami. Sebahagiannya adalah penting untuk pengoperasian laman web ini, sementara bahagian yang lain akan membantu kami dalam penambah baikan serta pengalaman pengguna (menjejaki cookies). Anda boleh menentukan sendiri sekiranya anda ingin membenarkan cookies atau tidak, sepanjang pelayaran anda di laman web kami. Harap maklum bahawa sekira anda menolaknya, anda mungkin tidak dapat menggunakan semua fungsi laman web ini.